Monday, June 14, 2010

Bila abah sakit....


Bila abah sakit baru aku tahu erti kasih sayang bagi seorang warga emas, bila abah sakit baru aku tahu betapa teman menangis susah didapati, bila abah sakit baru aku tahu erti kehilangan...dan mcm2 lagi. Hampir sebulan abah melepasi saat2 getir dihospital, menghadapi pembedahan bg brain tumornya. Pada hari tersebut, seawal pagi emak & adik2 sudah berada disisi abah. Aku tidak dpt turut serta kerana menguruskan anak2. Tp pd petang seblmnya, telah kupeluk abah erat2, telah kucium tangannya memohon ampun, bimbang sekiranya berlaku perkara2 yg tidak diingini. Selepas menguruskan anak2 kesekolah aku terus ke OT, HRPB. sambil menunggu kami bacakan Surah Yassin sambil memohon kerahmatan dariNYA...berdebar2 hati menunggu pembedahan selesai. pembedahan selesai setelah jam 3pm. Aku ketika itu berada diluar kerana menghantarkan duit belanja anak sulungku. Adik menelefon memberitahu abah telah berjaya menjalani pembedahan dan terus ditempatkan di ICU.
Aku dan adik2 terus menanti sehingga kami dibenarkan masuk melawat abah diICU. Setiap kali pintu ICU terbuka setiap kali itulah kami mencuri jenguk pada abah yg kebetulan bertentang dgn pintu msk. Jam 5pm kami dibenarkan masuk, ketika itu aku dan mak baru saja selesai solat Asar, tiba diICU aku lihat Nooi & Nana berada disisi abah, keadaan sedikit kelam kabut kulihat kerana abah yg masih didlm pengaruh bius, meronta2 cuba bangun & seakan mahu muntah. Bayangkan dgn tiub dimulut, wayar2 yg berselirat ditubuh, abah cuba bangun seakan ingin lari kulihat...ketika itu aku & mak terus saja menerpa kekatil abah, S/Nurse meminta kami memegang kaki & tangan abah untuk diikat. Luluh hati ini melihat keadaan abah begitu. Kami diminta keluar sejurus itu.
Aku & mak terus menenangkan hati dgn Surah Yassin, tetapi bacaan kami terganggu dgn visitors dari wad yg bersebelahan, mereka bergelak ketawa, berseloroh, bergurau senda disitu, sedangkan mereka tahu kebanyakan ahli keluarga yang berada di kwsn rehat itu adalah dr ICU patient. tak terlintaskah dihati mereka bahawa kami sedang berduka, tidak nampakkah mereka kami yg berlinangan airmata menunggu org tersayang sembuh,.mereka itu semua sebangsa & seagama, apakah mereka xphm aper yg sedang kami baca? Ternyata nilai2 insani itu telah luput dr jiwa mereka, kemanakah sensitiviti mereka sbg saudara seagama?
Akhirnya abah kembali stabil dan xsmp 24jam abah ditukarkan ke wad biasa. Saudara mara, sahabat handai & org kg tidak putus2 melawat setiap kali tiba waktu melawat. Setiap mlm adik2 dan mak akan bergilir2 menemani abah diwad, selalunya 2org akan ada pd satu2 masa. Saat itulah aku terpandang seorang pakcik dr kg sebelah yg kebetulan bersebelahan dgn abah. Amat jarang kulihat dia menerima pelawat, anak pun cuma dtg sekejap2. Katanya isterinya xsihat. Anak2 sibuk bekerja. Tp dr matanya aku mengerti dan pasti dia jg inginkan anak2 berada disisi, kadang2 bila anaknya yg seorg itu dtg, aku boleh lihat dia seakan ingin bermanja, merengek2 spt anak kecil mengadu kesakitan pd anaknya tp bila anaknya balik dia kulihat kembali spt biasa. Ini membuatkan aku berfikir kembali, apakah nilai pengorbanan seorang ayah pd anak2nya? adakah anak2 menganggap itu cuma tanggungjawab seorang ayah dan xperlu dibalas? berbaloikah wang ringgit yg ditaburkan setiap bulan tanpa kasih sayang dr seorg anak? wangkah yg ibubapa kita dambakan? Satu mlm pakcik itu menangis kesakitan, katanya perutnya sakit hingga ke pangkal hati, dipanggilnya adikku minta diurutkan, merayu2 dia pd Nooi, sehinggakan timbul belas & adikku itu mengenepikan perasaan malu, lantas mengurut perut org tua itu sehingga hilang sakitnya....sayu bila Nooi menceritakan perihalnya bila aku dtg. Apakah nasib aku bila tua nanti?
Disatu sudut yg lain, aku menyaksikan kesetiaan seorg isteri muda, menjaga suami yg sudah xkenal dirinya lg, meningitis menyebabkan sisuami terdampar dikatil dgn mata yg kosong memandang siling. Sedihnya mengenang nasib pasangan muda itu. Sakit sebenarnya memberikan suatu kebenaran pd kita, bila kita sudah tidak berdaya, baru kita kenal siapa kawan siapa lawan, yg mana batu yg mana permata....Alhamdulillah ....syukur dipanjatkan padaNYA, abah dah semakin pulih dan pun sampai ke P. Pinang baru2 ini untuk meraikan perkahwinan cousins kami Jijun....dan berhari raya bersama2 anak cucu..