"Ya Allah...berikan aku kekuatan bagi menempuh dugaan ini. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Sesungguhnya kami hanya merancang tapi Engkau yang menentukan. Aku pasrah Ya Allah Aku pasrah....Amin Ya Rabbalalamin." Zul meraup kedua telapak tangan ke mukanya. Terasa tenang seketika, sejadahnya dilipat ke tepi. Biasanya mereka anak beranak akan solat Maghrib berjemaah tp malam ini tidak seperti selalu. Rumah teres dua tingkat itu terasa sunyi sepi sejak petang tadi. Kekeruhan melanda jiwa penghuninya.
Terbayang wajah jernih Misya yang dikenalinya sejak zaman sekolah. Cinta Monyet mereka putus apabila masing2 melanjutkan pelajaran. Zul mendapat biasasiswa JPA dan berpeluang belajar di salah sebuah universiti di United Kingdom tp Misya cuma di universiti tempatan. Tiada sengketa, cuma jarak dan masa yang memisahkan mereka. Dalam kesibukan mereka mengejar ilmu hubungan itu putus begitu saja. Sedar2 Zul jatuh cinta lagi dengan Syila, teman sekuliah dan mereka berkahwin, berkeluarga dan bekerja di UK.
Berbeza dengan Misya, Syila seorang wanita yang begitu mementingkan karier. Kalau tengok gaya berpakaian dan caranya bersosial tiada sapa percaya dia berasal dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam. Rambut blonde dan skirt pendek sudah sinonim dengannya. Sudah jenuh Zul menasihati tapi tak pernah sekali pun berbekas padanya. Akhirnya rumahtangga mereka hancur dek ego Syila, Anak-anak memang tidak rapat dengan Syila, mereka lebih mesra dengan Zul. Perceraian membawa Zul pulang ke Malaysia. Hidup di sini lebih sesuai untuk membesarkan anak-anak. Zul mahu anak-anaknya membesar sebagai Muslim sejati, berpegang dengan adab sopan & tatasusila Timur dan berjiwa Melayu.
Monday, June 25, 2012
Tuesday, June 19, 2012
Kasih Yang Tertumpah ( Part 2)
"Tak nak, Syasya tak perlu mama baru, Mama Syila kan ada, Syasya nk duduk ngan Mama Syila kt UK" bentak Syasya. Bilik berselerak, buku-buku bertaburan dilantai, bantal dan tilam tonggang terbalik. Bilik pink itu kelihatan seperti baru diserang geruda. Zul menghampiri Syasya, tiba tiba seekor beruang melayang ke muka Zul. Tersentak, terhenti langkahnya, Astaghfirullahalazim... ditatapnya wajah Syasya dalam-dalam lalu berpaling keluar. Biarkan dia sejuk dulu.
Syasya tak tau macam mana beruang teddynya itu boleh terbang ke muka papa. Teddy bear kesayangannya itupun papa yg hadiahkan. Rasa bersalah menyelinap di hatinya. Papa tak pernah berkasar, papa sentiasa ada bila dia sakit, di dada papalah tempat dia menangis bila sedih, Tangan kasar papalah yang mengusap rambutnya dan papa tak pernah lupa mengucup dahinya, juga mengucap salam setiap malam sebelum tidur. Syasya tak mahu ada orang lain hadir di tengah kebahagiannya dan adik beradik lain bersama papa. Syasya tak kisah walau hidup tanpa mama, selama ini pun mama tak pernah ambil peduli tentang Syasya. Mama sibuk dengan kerja sampai malam. Jarang sangat mama peluk Syasya adik beradik. Ada atau tidaknya mama tak pernah meninggalkan kesan pada Syasya tp bila mama baru hadir dia sangat terancam. "Papa...Syasya sayang papa" sendu Syasya.
Adli dengar kak ngah menangis, Adli nampak wajah papa sugul sewaktu lalu di ruang tamu tadi. Adli tinggalkan rancangan "Spongebob Squarepants" kegemarannya dan bangun menuju ke bilik Kak Ngah. Adli kutip Teddy Bear berwarna pink kesayangan kak ngah. Kak Ngah sayangkan teddy bear tu sebab Adli tahu Kak Ngah sangat suka warna pink dan teddy bear ini salah satu barang yang kak ngah sayang. Diletaknya beruang pink itu di tepi katil kak Ngah. Biar Kak Ngah kembali tenang. Adli tak mahu ganggu kak ngah. Kakaknya itu masih tertiarap dan badannya bergoyang goyang menangis. Perlahan dihampirinya Kak Ngah, sayu hatinya tiba-tiba. Dipeluknya Syasya dari belakang. "Kak Ngah jangan nangis, adik sayang kak ngah" bisiknya ditelinga Syasya.
Monday, June 18, 2012
Ceritera : Kasih yg tertumpah (Part 1)
Dikuis-kuisnya pasir halus yg menenggelami kaki, sesekali anak ketam yang mengintai dari lubang-lubang kecil itu mencuit hati. Anak kecil berlari bermain ombak. Indahnya dunia anak kecil, gelak ketawa bagai tiada akhirnya. Alangkah baiknya kalau dunianya juga begitu, tak perlu fikir tentang hati dan perasaan orang lain, tak perlu risau apa orang lain kata, tak perlu runsing tak perlu sakit hati, tak perlu serba serbi. Tapi kata mak " kita hidup dalam masyarakat, ndak tak ndak kena dengar apa orang lain kata, kalau tak ndak bermasyarakat duduk dalam hutan"
Sebab dengar kata oranglah, Misya tersadai di Pantai Golden Sands ini. Misya dah tak mampu nak mendengar kata orang lagi, Dah pekak telinga dengar umpat keji orang keliling. Misya nak lari jauh-jauh tapi tak mampu. Sebab Misya tahu, sejauh mana pun dia lari masalah tetap ada, kerana manusia tetap manusia. Masakan mulut manusia boleh dicontrol macam radio, boleh di kuat dan diperlahankan atau off kan terus bila bila masa kita suka.
Keypad handphonenya ditekan perlahan, satu satu nombor muncul di skrin. Butang hijau disentuh lembut. "Assalamualaikum, Misya sihat ke nak?" suara mak lembut menyapanya dihujung talian. Terasa ada air panas mengalir dipipinya, tiba-tiba dadanya sebak, jenuh rasanya nk mengeluarkan suara. " Waalaikumsalam mak, Misya sihat, Misya dah buat keputusan, esok Misya balik.
"Betul ke ni Misya? anda pasti?" mimik muka Dilla menggelikan hatinya. " Ya, aku akan tetap kawin dengan Zul, biar apa pun orang nak kata. aku dah sedia nak jadi isteri dan ibu pada anak-anaknya. Mak aku pun setuju ngan keputusan aku ni" Misya tahu bukan mudah untuk mengahwini duda beranak tiga. Untuk menjadi ibu segera kepada anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Besar sungguh cabarannya. InsyaAllah, aku akan jalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu dengan sebaik mungkin. Zul adalah teman sekolahnya dulu, mereka pernah bercinta dan putus ditengah jalan. Misya terus ke Universiti Teknoloji Mara manakala Zul ke United Kingdom. 17 tahun disana Zul pulang bersama 3 orang anak comel. Zul berkahwin di sana dan pulang setelah rumahtangganya musnah. Bekas isteri tidak mahu pulang ke Malaysia, itu puncanya. Sedangkan Zul mahu anak anaknya membesar sebagai Melayu & Muslim sejati. Anak sulung Iskandar 15 tahun, Natasya atau Syasya 14 tahun yg kedua dan sibongsu Adli 5 tahun.
Sebab dengar kata oranglah, Misya tersadai di Pantai Golden Sands ini. Misya dah tak mampu nak mendengar kata orang lagi, Dah pekak telinga dengar umpat keji orang keliling. Misya nak lari jauh-jauh tapi tak mampu. Sebab Misya tahu, sejauh mana pun dia lari masalah tetap ada, kerana manusia tetap manusia. Masakan mulut manusia boleh dicontrol macam radio, boleh di kuat dan diperlahankan atau off kan terus bila bila masa kita suka.
Keypad handphonenya ditekan perlahan, satu satu nombor muncul di skrin. Butang hijau disentuh lembut. "Assalamualaikum, Misya sihat ke nak?" suara mak lembut menyapanya dihujung talian. Terasa ada air panas mengalir dipipinya, tiba-tiba dadanya sebak, jenuh rasanya nk mengeluarkan suara. " Waalaikumsalam mak, Misya sihat, Misya dah buat keputusan, esok Misya balik.
"Betul ke ni Misya? anda pasti?" mimik muka Dilla menggelikan hatinya. " Ya, aku akan tetap kawin dengan Zul, biar apa pun orang nak kata. aku dah sedia nak jadi isteri dan ibu pada anak-anaknya. Mak aku pun setuju ngan keputusan aku ni" Misya tahu bukan mudah untuk mengahwini duda beranak tiga. Untuk menjadi ibu segera kepada anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Besar sungguh cabarannya. InsyaAllah, aku akan jalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu dengan sebaik mungkin. Zul adalah teman sekolahnya dulu, mereka pernah bercinta dan putus ditengah jalan. Misya terus ke Universiti Teknoloji Mara manakala Zul ke United Kingdom. 17 tahun disana Zul pulang bersama 3 orang anak comel. Zul berkahwin di sana dan pulang setelah rumahtangganya musnah. Bekas isteri tidak mahu pulang ke Malaysia, itu puncanya. Sedangkan Zul mahu anak anaknya membesar sebagai Melayu & Muslim sejati. Anak sulung Iskandar 15 tahun, Natasya atau Syasya 14 tahun yg kedua dan sibongsu Adli 5 tahun.
Friday, June 15, 2012
Bila sayang bertukar benci...
Indahnya bila di kenang masa bercinta, setiap saat ingin bersama, tidur malam sentiasa tak lena kalau tak mendengar suara, bila puas mencurah rasa, lena diulit mimpi selesa. Tp itu cerita lama, kini sudah lain cerita. Kalau di kenang benci melanda, langsung tak boleh bertentang mata, tidur malam lain-lain mimpinya, kalau telepon dihempas pula.
Bila sayang sudah pudar warnanya..benci pula menggila, anak2 bertaburan entah kemana. Mencari kasih ibu ayah tercinta. Ada yang memendam rasa, tertanam kesumat dendam pula. Mengapa perceraian terjadi jua, dikala anak2 baru mengenal dunia, Adakah ayah punya angkara atau ibu hilang sabarnya?
Datukku Seorang Pembuat Senapang...
| Ehsan Google |
![]() |
| Ehsan Google |
![]() |
| ehsan google |
![]() |
| Add caption |
Lagi satu atuk pandai buat keris..lebih kurang mcm ni ler, tp atuk buat tak elr smp varnish mcm ni or sapu syelek mcm ni tp bentuk nya mmg mcm ni. Ingat lagi masa tu Acu ( Bapak sedara paling kecik ) berlagak mcm Hang Tuah, siap Tengkolok bagai...hahaha..Acu! Lawak ler, sampai Enggey pun tak nak bwk dia beraya, sbb malu nk bawa pahlawan melayu kecik....
| Ehsan Google |
| Ehsan Google |
Thursday, June 14, 2012
Cerita Dulu2 : Buah yg aku suka

| JAMBU SUSU |
| JAMBU KEPAL |
Sapa tau jambu ni? dulu opah aku tanam pokok jambu ni kt keliling rumahnya. Bila musimnya tiba aku ngan mak pun sibuk la kait buah ni, nk cari duit lebih aku jual la kt sekolah, 5sen sebijik, buat belanja sekolah . Masa tu aku baru darjah 1, adik2 pun tak reti lg nk panjat2 pokok. Time menyicah lg best, merebut2 ..mak buat cicah sendiri, cabai burung, belacan, gula & kicap..best sgt! sapa yg tak larat mkn pedas mak buatkan kicap & gula jer..seronok betui masa tu. Klu yg manis2 tu makan gitu jer kt bawah pokok.
![]() |
| BUAH CERMAI |
![]() |
| JAMBU MERASA |
Lagi satu "jambu merasa" or "jambu batu", Kalau kt kampung jambu ni tak la besar2 mcm yg ada skrg, Kecik ajer. Aku ader resepi untuk jambu merasa ni, tumbuk jambu ni tp jgn la hancur sgt, campur gula, cabai burung (semestinya) belacan (bahan wajib) kicap & sikit cuka or air asam jawa. Pergh....terangkat beb! bila buat mcm ni kitaorang akan berebut2 lesung batu sbb msg2 nk buat utk sendiri punya..siap boleh bergaduh lg..lebih2 lg klu ader yg suka mkn tp malas nk buat.. Klu ader buah cermai pun boleh buat resepi ni.
![]() |
| BUAH LELETUP |
![]() |
| buah ceri |
Apa pun aku pasti anak2 skrg tak lagi merasa suasana masa kecil spt aku, kerana itu lah harga yg kita bayar untuk kemajuan & kemodenan yg kita kecapi skrg...
Tuesday, June 12, 2012
Hari Jadi Abah...
![]() | |||||
| Abah, yg paling handsome dgn senyum paling menawan |
Tahun ni pd tanggal 31 May genap umur abah 60thn. masih sihat dlm erti kata tidak menderita sakit kronik, w/pun abah mmg mengidap diabetis & pernah mendapat brain tumor pada 2010. Masa itu abah cukup berani membenarkan kepalanya di gerudi oleh doktor. Aku sendiri gerun mendengar penerangan dari Neuro Surgeon tu mengenai procedure yg akan dilakukan ke atas abah.. Tak sangka abah boleh bersetuju, sbb abah ni mmg jenis yg tak tahan sakit, mungkin sbb dah sanggup nk tanggung derita sakit kepala kot! aper pun abah dah sihat skrg cuma pendengarannya sedikit kurang tp nk wat mcm maner, yang tu mmg penyakit keturunan, ( adik beradik abah semuanya ada masalah pendengaran bila dah lanjut usia) kadang2 itu yg menggamatkan keadaan bila kekurangan pendengaran abah dijadikan usikan anak2 sedara. Tp itu jgk la yg menguji kesabaran mak....
![]() | ||
| kenangan abah masa kecik ngan arwah opah |
![]() |
| budak2 yg sibuk |
![]() |
| yg ni kek tahun lepas |
Setiap kali besday, abah akan ambik cuti, walaupun masa tu tak der sapa nak sambut or celebrate ( anak2 masih kecik & xreti nk sambut besday sbb mak tak biasakan kami, maklum ler ekonomi tidak mengizinkan ) Bila anak2 dah bergaji barulah abah merasa majlis hari jadi walaupun secara kecik2 ajer, kadang2 tu cucu2nyer yg ter"over" tiup lilin..
Tahun ni abah nk celebrate kt Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, mak walaupun tgh berpantang sbb gatal2 badan ttp ikut meraikan abah. Nooi sponsor cheese cake dr Secret Recipes ( sebenornya dia yg mengidam kek tu ). Semoga abah di panjangkan umur dan sentiasa beroleh keberkatan dr Allah SWT. KAMI SAYANG ABAH...
Sunday, June 10, 2012
Weekend Di Teluk Senangin
![]() |
| berkat air tangan "mr hubby" bersih jer kebun ni.. |
![]() |
| "Ni semua saya punya.." |
Klu dah namanya kerja ngan budak ni ler gayanya...kejap dia laju berlari, kejap2 dia berhenti..
tetiba dia jumpa menatang ni dlm kubang kerbau...terjerit2 dia panggil ibu mintak tlg tangkap...(Along ni penakut & penggeli skt orgnyer) Aku pun kutip la si Nico ni, bubuh dlm tong cat bekas biji sawit tu.
" Ibu duit sawit ni ibu ambik la, saya tak nak...ni dpt Nico pun dah cukup" kata Along, Sebelum ni duit buah lerai mmg dia yg punya. " Saya nk bwk blk Nico ni" kura2 tu dia bg nama mcm dlm cerita "CINTA KURA KURA" Nico pun duduk la dlm tong cat tu selama 2 hari 1mlm...Aku suruh Along lepaskan Si Nico ke parit dpn rmh Wannyer ptg sebelum balik ke Chemor.
![]() |
| "ni NICO" |
Subscribe to:
Posts (Atom)















