ENAM MAUT BAS, KERETA BERTEMBUNG........
Sedihnya baca tajuk akhbar arini, tp itulah ajal mereka sekeluarga. Ibu & 3 org anaknya meninggal ditempat kejadian. Turut terkorban ialah pemandu kereta & sorang lg penumpang. Photo di BH menunjukkan si ayah sedang meratapi pemergiaan orang tersayang.
Khabarnya arwah si ibu berhajat melawat anak sulungnyadi Kuala Trengganu kerana terlalu rindukan cucu2nya. Mungkin juga sipemandu memandu dlm keadaan mengantuk dan terbabas ke laluan bas yg bertentangan. Untuk rekod waktu kemalangan ialah jam 4.30am. Kapasiti kereta juga berlebihan,. 3 org dewasa & 5 org kanak2 bknlah beban yg sesuai untuk sebuah kereta VIVA. Nak buat mcm mana, mgkn itu saja kenderaan yg mereka ada.... Al-Fatihah untuk mereka yg terkorban.
Thursday, October 11, 2012
Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah
Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah
Sewaktu
anak-anak anda mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah dan
semakin rapat dengan rakan barunya, anda mungkin menyedari perubahan
dalam pilihan makanan dan tabiat makannya. Sebagai contoh, mereka
mungkin enggan makan, makan terlalu sedikit atau banyak makan makanan
ringan yang kurang berkhasiat.
Mungkin
anda tidak menyedarinya, tetapi perubahan ini berpunca daripada lebih
kebebasan dan berdikari yang dirasai oleh kanak-kanak yang baru memasuki
alam persekolahan. Ramai ibu bapa merasakan bahawa oleh kerana
anak-anak mereka sudah cukup ‘besar’ untuk pergi ke sekolah, mereka juga
telah cukup matang untuk memilih makanan sendiri. Di sinilah punca
permulaan masalah.
Bermula dari rumah
Anak-anak
yang bersekolah berada dalam peringkat umur yang mudah dipengaruhi.
Mereka meluangkan lebih banyak masa bersama rakan di sekolah dan
terlibat dalam aktiviti di luar kurikulum. TV dan komputer menjadi teman
setia apabila mereka pulang ke rumah. Besar kemungkinan inilah sumber
utama yang mempengaruhi mereka, tetapi bukan orang yang paling penting
dalam hidup mereka pada masa ini – iaitu anda.
Namun
demikian, anak anda masih menjadikan anda sebagai suri teladan mereka.
Gunakan kelebihan ini untuk mengajar mereka di rumah tentang kebaikan
dan khasiat pemakanan, tabiat makan yang sihat, dan aktif dalam aktiviti
fizikal. Dengan berbuat demikian, anda akan mempengaruhi pilihan
makanan mereka apabila mereka berada di luar. Lebih penting lagi, anda
juga mempengaruhi pilihan makanan mereka pada masa hadapan.
Anda boleh memperkasakan anak-anak anda untuk membuat pilihan yang bijak dalam soal makanan dengan:
1. Memperkasakan diri anda
Dapatkan
nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor keluarga anda bagi
memperkasakan diri anda dengan pengetahuan mengenai asas pemakanan yang
sihat dan cara terbaik untuk memberi anak anda makan. Anda juga boleh
membaca tentang pemakanan yang sihat untuk melengkapkan diri anda dengan
maklumat yang betul. Anda akan lebih berkeupayaan untuk mengajar dan
memperkasakan anak-anak anda apabila anda sendiri yakin dengan
pengetahuan yang diperolehi.
2. Menjadi suri teladan
Oleh
kerana anak anda mudah terpengaruh, anda perlu berusaha untuk menjadi
contoh yang baik dalam soal pemakanan dan cara hidup yang sihat. Ini
termasuk mengamalkan tabiat makan yang baik, gaya hidup aktif dan
menjaga kebersihan diri. Sebagai contoh, apabila anda makan sayur,
pastikan anda tidak lupa untuk memberitahunya betapa lazat dan sihatnya
sayur yang anda makan. Besar kemungkinan anak anda akan mengikut jejak
anda dan mula makan sayur!
3. Mulakan dari kecil
Anda
perlu mula menyemai tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda sejak
mereka kecil. Mulakan dengan sesuatu yang mudah, tetapi penting. Sebagai
contoh, pastikan dia mengambil sarapan setiap pagi sebelum pergi ke
sekolah. Anda juga boleh menyediakan makanan dengan cara yang sihat
supaya dia boleh mengamalkan tabiat makan yang sihat sejak kecil. Atau,
anda boleh menjelaskan kepadanya tentang pentingnya makanan dan snek.
Beritahunya bahawa makanan harian ini akan bermanfaatkan kesihatan dan
akan membolehkannya membesar dan menjadi seorang kanak-kanak yang kuat
dan pintar. Ini akan meningkatkan kemungkinan anak untuk mengamalkan
tabiat makan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang bijak bukan
sahaja di sekolah, tetapi juga sepanjang hayatnya.
4. Jangan putus asa!
Salah
satu cara penting untuk menyemai pengetahuan tentang pemakanan yang
baik ialah dengan bersabar. Jangan putus asa jika anak anda masih tidak
mahu makan sayuran walaupun sudah 5 kali diminta! Bersabarlah dan terus
mencuba lagi. Lama-kelamaan, selepas dipujuk, mereka pasti akan makan
sayur yang anda sediakan. Ini pasti merupakan satu kejayaan bagi anda
berdua!
Petua yang praktikal dan menyeronokkan
Semasa
berusaha untuk memperkasakan anak anda untuk membuat pilihan makanan
yang betul dan mengamalkan tabiat makan yang sihat, anda boleh
menggunakan cara yang menyeronokkan anak (dan anda juga). Pembelajaran
tentang pemakanan sihat tidak semestinya membosankan. Batasan yang
dihadapi adalah hanya imaginasi anda sendiri. Petua berikut sedikit
sebanyak dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan lebih
menyeronokkan!
- Berbelanja bersama
Ini
adalah peluang baik untuk mendidik anak tentang makanan mentah, seperti
sayur-sayuran, supaya dia dapat mengenal bau dan teksturnya.
Kanak-kanak bersifat ingin tahu tentang segala-gala yang ada di
sekeliling mereka, dan ini lebih memudahkan anda untuk menerangkan
kebaikan makanan tertentu. Ajar mereka tentang khasiat kebaikan yang
disenaraikan pada bungkusan makanan. Contohnya, anda boleh mengambil
sekotak bijirin bijian penuh dan menerangkan tentang kebaikan kepada
kesihatan makanan seperti ini..
- Masak bersama
Sebagai
permulaan, anda boleh menyediakan sarapan bersama anak pada hujung
minggu. Peringkat usia sekolah rendah adalah paling sesuai untuk belajar
tentang pemakanan yang sihat, kerana mereka sentiasa berminat untuk
belajar perkara baru, lebih-lebih lagi mengenai makanan dan pemakanan.
Mereka juga berminat dan berupaya untuk membantu anda di dapur dengan
melakukan kerja yang mudah seperti membasuh buah-buahan atau memotong
sayur-sayuran. Mereka akan lebih berminat untuk merasa makanan yang
mereka sendiri sediakan kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk
memberitahu seisi keluarga mengenainya!
- Makan bersama
Galakkan
keluarga anda untuk makan bersama setiap hari. Waktu makan adalah masa
paling baik untuk mengeratkan hubungan dengan anak anda, bertanya khabar
dan berkongsi aktiviti harian. Pastikan suasana pada waktu makan
bersama keluarga santai dan menyeronokkan. Anak anda akan lebih
berselera makan dalam suasana yang positif.
- Main bersama
Bermain
dengan anak adalah cara yang baik untuk anda sekeluarga melakukan
aktiviti fizikal. Anda boleh membawa mereka ke padang atau taman
permainan dan menggunakan kemudahan yang terdapat di sana. Anda juga
boleh menggalakkan mereka menyertai permainan berkumpulan seperti
badminton. Bersiar-siar bersama keluarga seperti berkelah atau berjoging
juga dapat merangsang kecergasan mental dan fizikal!
- Berkomunikasi bersama
Sentiasa
luangkan masa untuk berbual dan mendengar rintihan atau luahan hati
anak anda. Anda boleh bertanya tentang makanan yang dimakan oleh rakan
sekelasnya, sama ada dia suka makanan seperti itu atau gemar menyertai
sesi pembelajaran fizikal di sekolah. Perbualan tidak semestinya
mengenai makanan. Anda boleh berbual tentang banyak perkara lain yang
dapat merapatkan hubungan anda dengannya. Ingatlah, komunikasi mesti dua
hala… jadi, beri peluang kepada anak untuk bercakap!
Keputusan
untuk mula mendidik anak anda tentang pemakanan yang sihat bermula
dengan anda. Ingatlah, anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk
berbuat demikian kerana anak anda membesar dengan cepat. Anak anda
memerlukan pemakanan yang sempurna sekarang. Jadi, mulakan hari ini…
beri mereka makanan yang betul, ajar mereka tentang makanan yang baik
dan tanamkan rasa cinta terhadap aktiviti fizikal.
Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.
26-09-2011
Saturday, August 4, 2012
Busy..busy..busy
Sebulan lebih aku sibuk, sibuk di opis, sibuk di rumah. Hati teringin nk menulis tp masa tak mengizinkan. Tiba Ramadhan , lg tak da masa utk menulis, persediaan untuk akhirat lebih utama. Tak apelah, bila ada masa nanti akan ku sambung lg kisah "Kasih yg Tertumpah"
Monday, June 25, 2012
Ceritera : Kasih yang Tertumpah (Part 3)
"Ya Allah...berikan aku kekuatan bagi menempuh dugaan ini. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Sesungguhnya kami hanya merancang tapi Engkau yang menentukan. Aku pasrah Ya Allah Aku pasrah....Amin Ya Rabbalalamin." Zul meraup kedua telapak tangan ke mukanya. Terasa tenang seketika, sejadahnya dilipat ke tepi. Biasanya mereka anak beranak akan solat Maghrib berjemaah tp malam ini tidak seperti selalu. Rumah teres dua tingkat itu terasa sunyi sepi sejak petang tadi. Kekeruhan melanda jiwa penghuninya.
Terbayang wajah jernih Misya yang dikenalinya sejak zaman sekolah. Cinta Monyet mereka putus apabila masing2 melanjutkan pelajaran. Zul mendapat biasasiswa JPA dan berpeluang belajar di salah sebuah universiti di United Kingdom tp Misya cuma di universiti tempatan. Tiada sengketa, cuma jarak dan masa yang memisahkan mereka. Dalam kesibukan mereka mengejar ilmu hubungan itu putus begitu saja. Sedar2 Zul jatuh cinta lagi dengan Syila, teman sekuliah dan mereka berkahwin, berkeluarga dan bekerja di UK.
Berbeza dengan Misya, Syila seorang wanita yang begitu mementingkan karier. Kalau tengok gaya berpakaian dan caranya bersosial tiada sapa percaya dia berasal dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam. Rambut blonde dan skirt pendek sudah sinonim dengannya. Sudah jenuh Zul menasihati tapi tak pernah sekali pun berbekas padanya. Akhirnya rumahtangga mereka hancur dek ego Syila, Anak-anak memang tidak rapat dengan Syila, mereka lebih mesra dengan Zul. Perceraian membawa Zul pulang ke Malaysia. Hidup di sini lebih sesuai untuk membesarkan anak-anak. Zul mahu anak-anaknya membesar sebagai Muslim sejati, berpegang dengan adab sopan & tatasusila Timur dan berjiwa Melayu.
Terbayang wajah jernih Misya yang dikenalinya sejak zaman sekolah. Cinta Monyet mereka putus apabila masing2 melanjutkan pelajaran. Zul mendapat biasasiswa JPA dan berpeluang belajar di salah sebuah universiti di United Kingdom tp Misya cuma di universiti tempatan. Tiada sengketa, cuma jarak dan masa yang memisahkan mereka. Dalam kesibukan mereka mengejar ilmu hubungan itu putus begitu saja. Sedar2 Zul jatuh cinta lagi dengan Syila, teman sekuliah dan mereka berkahwin, berkeluarga dan bekerja di UK.
Berbeza dengan Misya, Syila seorang wanita yang begitu mementingkan karier. Kalau tengok gaya berpakaian dan caranya bersosial tiada sapa percaya dia berasal dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam. Rambut blonde dan skirt pendek sudah sinonim dengannya. Sudah jenuh Zul menasihati tapi tak pernah sekali pun berbekas padanya. Akhirnya rumahtangga mereka hancur dek ego Syila, Anak-anak memang tidak rapat dengan Syila, mereka lebih mesra dengan Zul. Perceraian membawa Zul pulang ke Malaysia. Hidup di sini lebih sesuai untuk membesarkan anak-anak. Zul mahu anak-anaknya membesar sebagai Muslim sejati, berpegang dengan adab sopan & tatasusila Timur dan berjiwa Melayu.
Tuesday, June 19, 2012
Kasih Yang Tertumpah ( Part 2)
"Tak nak, Syasya tak perlu mama baru, Mama Syila kan ada, Syasya nk duduk ngan Mama Syila kt UK" bentak Syasya. Bilik berselerak, buku-buku bertaburan dilantai, bantal dan tilam tonggang terbalik. Bilik pink itu kelihatan seperti baru diserang geruda. Zul menghampiri Syasya, tiba tiba seekor beruang melayang ke muka Zul. Tersentak, terhenti langkahnya, Astaghfirullahalazim... ditatapnya wajah Syasya dalam-dalam lalu berpaling keluar. Biarkan dia sejuk dulu.
Syasya tak tau macam mana beruang teddynya itu boleh terbang ke muka papa. Teddy bear kesayangannya itupun papa yg hadiahkan. Rasa bersalah menyelinap di hatinya. Papa tak pernah berkasar, papa sentiasa ada bila dia sakit, di dada papalah tempat dia menangis bila sedih, Tangan kasar papalah yang mengusap rambutnya dan papa tak pernah lupa mengucup dahinya, juga mengucap salam setiap malam sebelum tidur. Syasya tak mahu ada orang lain hadir di tengah kebahagiannya dan adik beradik lain bersama papa. Syasya tak kisah walau hidup tanpa mama, selama ini pun mama tak pernah ambil peduli tentang Syasya. Mama sibuk dengan kerja sampai malam. Jarang sangat mama peluk Syasya adik beradik. Ada atau tidaknya mama tak pernah meninggalkan kesan pada Syasya tp bila mama baru hadir dia sangat terancam. "Papa...Syasya sayang papa" sendu Syasya.
Adli dengar kak ngah menangis, Adli nampak wajah papa sugul sewaktu lalu di ruang tamu tadi. Adli tinggalkan rancangan "Spongebob Squarepants" kegemarannya dan bangun menuju ke bilik Kak Ngah. Adli kutip Teddy Bear berwarna pink kesayangan kak ngah. Kak Ngah sayangkan teddy bear tu sebab Adli tahu Kak Ngah sangat suka warna pink dan teddy bear ini salah satu barang yang kak ngah sayang. Diletaknya beruang pink itu di tepi katil kak Ngah. Biar Kak Ngah kembali tenang. Adli tak mahu ganggu kak ngah. Kakaknya itu masih tertiarap dan badannya bergoyang goyang menangis. Perlahan dihampirinya Kak Ngah, sayu hatinya tiba-tiba. Dipeluknya Syasya dari belakang. "Kak Ngah jangan nangis, adik sayang kak ngah" bisiknya ditelinga Syasya.
Monday, June 18, 2012
Ceritera : Kasih yg tertumpah (Part 1)
Dikuis-kuisnya pasir halus yg menenggelami kaki, sesekali anak ketam yang mengintai dari lubang-lubang kecil itu mencuit hati. Anak kecil berlari bermain ombak. Indahnya dunia anak kecil, gelak ketawa bagai tiada akhirnya. Alangkah baiknya kalau dunianya juga begitu, tak perlu fikir tentang hati dan perasaan orang lain, tak perlu risau apa orang lain kata, tak perlu runsing tak perlu sakit hati, tak perlu serba serbi. Tapi kata mak " kita hidup dalam masyarakat, ndak tak ndak kena dengar apa orang lain kata, kalau tak ndak bermasyarakat duduk dalam hutan"
Sebab dengar kata oranglah, Misya tersadai di Pantai Golden Sands ini. Misya dah tak mampu nak mendengar kata orang lagi, Dah pekak telinga dengar umpat keji orang keliling. Misya nak lari jauh-jauh tapi tak mampu. Sebab Misya tahu, sejauh mana pun dia lari masalah tetap ada, kerana manusia tetap manusia. Masakan mulut manusia boleh dicontrol macam radio, boleh di kuat dan diperlahankan atau off kan terus bila bila masa kita suka.
Keypad handphonenya ditekan perlahan, satu satu nombor muncul di skrin. Butang hijau disentuh lembut. "Assalamualaikum, Misya sihat ke nak?" suara mak lembut menyapanya dihujung talian. Terasa ada air panas mengalir dipipinya, tiba-tiba dadanya sebak, jenuh rasanya nk mengeluarkan suara. " Waalaikumsalam mak, Misya sihat, Misya dah buat keputusan, esok Misya balik.
"Betul ke ni Misya? anda pasti?" mimik muka Dilla menggelikan hatinya. " Ya, aku akan tetap kawin dengan Zul, biar apa pun orang nak kata. aku dah sedia nak jadi isteri dan ibu pada anak-anaknya. Mak aku pun setuju ngan keputusan aku ni" Misya tahu bukan mudah untuk mengahwini duda beranak tiga. Untuk menjadi ibu segera kepada anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Besar sungguh cabarannya. InsyaAllah, aku akan jalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu dengan sebaik mungkin. Zul adalah teman sekolahnya dulu, mereka pernah bercinta dan putus ditengah jalan. Misya terus ke Universiti Teknoloji Mara manakala Zul ke United Kingdom. 17 tahun disana Zul pulang bersama 3 orang anak comel. Zul berkahwin di sana dan pulang setelah rumahtangganya musnah. Bekas isteri tidak mahu pulang ke Malaysia, itu puncanya. Sedangkan Zul mahu anak anaknya membesar sebagai Melayu & Muslim sejati. Anak sulung Iskandar 15 tahun, Natasya atau Syasya 14 tahun yg kedua dan sibongsu Adli 5 tahun.
Sebab dengar kata oranglah, Misya tersadai di Pantai Golden Sands ini. Misya dah tak mampu nak mendengar kata orang lagi, Dah pekak telinga dengar umpat keji orang keliling. Misya nak lari jauh-jauh tapi tak mampu. Sebab Misya tahu, sejauh mana pun dia lari masalah tetap ada, kerana manusia tetap manusia. Masakan mulut manusia boleh dicontrol macam radio, boleh di kuat dan diperlahankan atau off kan terus bila bila masa kita suka.
Keypad handphonenya ditekan perlahan, satu satu nombor muncul di skrin. Butang hijau disentuh lembut. "Assalamualaikum, Misya sihat ke nak?" suara mak lembut menyapanya dihujung talian. Terasa ada air panas mengalir dipipinya, tiba-tiba dadanya sebak, jenuh rasanya nk mengeluarkan suara. " Waalaikumsalam mak, Misya sihat, Misya dah buat keputusan, esok Misya balik.
"Betul ke ni Misya? anda pasti?" mimik muka Dilla menggelikan hatinya. " Ya, aku akan tetap kawin dengan Zul, biar apa pun orang nak kata. aku dah sedia nak jadi isteri dan ibu pada anak-anaknya. Mak aku pun setuju ngan keputusan aku ni" Misya tahu bukan mudah untuk mengahwini duda beranak tiga. Untuk menjadi ibu segera kepada anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Besar sungguh cabarannya. InsyaAllah, aku akan jalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu dengan sebaik mungkin. Zul adalah teman sekolahnya dulu, mereka pernah bercinta dan putus ditengah jalan. Misya terus ke Universiti Teknoloji Mara manakala Zul ke United Kingdom. 17 tahun disana Zul pulang bersama 3 orang anak comel. Zul berkahwin di sana dan pulang setelah rumahtangganya musnah. Bekas isteri tidak mahu pulang ke Malaysia, itu puncanya. Sedangkan Zul mahu anak anaknya membesar sebagai Melayu & Muslim sejati. Anak sulung Iskandar 15 tahun, Natasya atau Syasya 14 tahun yg kedua dan sibongsu Adli 5 tahun.
Friday, June 15, 2012
Bila sayang bertukar benci...
Indahnya bila di kenang masa bercinta, setiap saat ingin bersama, tidur malam sentiasa tak lena kalau tak mendengar suara, bila puas mencurah rasa, lena diulit mimpi selesa. Tp itu cerita lama, kini sudah lain cerita. Kalau di kenang benci melanda, langsung tak boleh bertentang mata, tidur malam lain-lain mimpinya, kalau telepon dihempas pula.
Bila sayang sudah pudar warnanya..benci pula menggila, anak2 bertaburan entah kemana. Mencari kasih ibu ayah tercinta. Ada yang memendam rasa, tertanam kesumat dendam pula. Mengapa perceraian terjadi jua, dikala anak2 baru mengenal dunia, Adakah ayah punya angkara atau ibu hilang sabarnya?
Datukku Seorang Pembuat Senapang...
| Ehsan Google |
![]() |
| Ehsan Google |
![]() |
| ehsan google |
![]() |
| Add caption |
Lagi satu atuk pandai buat keris..lebih kurang mcm ni ler, tp atuk buat tak elr smp varnish mcm ni or sapu syelek mcm ni tp bentuk nya mmg mcm ni. Ingat lagi masa tu Acu ( Bapak sedara paling kecik ) berlagak mcm Hang Tuah, siap Tengkolok bagai...hahaha..Acu! Lawak ler, sampai Enggey pun tak nak bwk dia beraya, sbb malu nk bawa pahlawan melayu kecik....
| Ehsan Google |
| Ehsan Google |
Thursday, June 14, 2012
Cerita Dulu2 : Buah yg aku suka

| JAMBU SUSU |
| JAMBU KEPAL |
Sapa tau jambu ni? dulu opah aku tanam pokok jambu ni kt keliling rumahnya. Bila musimnya tiba aku ngan mak pun sibuk la kait buah ni, nk cari duit lebih aku jual la kt sekolah, 5sen sebijik, buat belanja sekolah . Masa tu aku baru darjah 1, adik2 pun tak reti lg nk panjat2 pokok. Time menyicah lg best, merebut2 ..mak buat cicah sendiri, cabai burung, belacan, gula & kicap..best sgt! sapa yg tak larat mkn pedas mak buatkan kicap & gula jer..seronok betui masa tu. Klu yg manis2 tu makan gitu jer kt bawah pokok.
![]() |
| BUAH CERMAI |
![]() |
| JAMBU MERASA |
Lagi satu "jambu merasa" or "jambu batu", Kalau kt kampung jambu ni tak la besar2 mcm yg ada skrg, Kecik ajer. Aku ader resepi untuk jambu merasa ni, tumbuk jambu ni tp jgn la hancur sgt, campur gula, cabai burung (semestinya) belacan (bahan wajib) kicap & sikit cuka or air asam jawa. Pergh....terangkat beb! bila buat mcm ni kitaorang akan berebut2 lesung batu sbb msg2 nk buat utk sendiri punya..siap boleh bergaduh lg..lebih2 lg klu ader yg suka mkn tp malas nk buat.. Klu ader buah cermai pun boleh buat resepi ni.
![]() |
| BUAH LELETUP |
![]() |
| buah ceri |
Apa pun aku pasti anak2 skrg tak lagi merasa suasana masa kecil spt aku, kerana itu lah harga yg kita bayar untuk kemajuan & kemodenan yg kita kecapi skrg...
Tuesday, June 12, 2012
Hari Jadi Abah...
![]() | |||||
| Abah, yg paling handsome dgn senyum paling menawan |
Tahun ni pd tanggal 31 May genap umur abah 60thn. masih sihat dlm erti kata tidak menderita sakit kronik, w/pun abah mmg mengidap diabetis & pernah mendapat brain tumor pada 2010. Masa itu abah cukup berani membenarkan kepalanya di gerudi oleh doktor. Aku sendiri gerun mendengar penerangan dari Neuro Surgeon tu mengenai procedure yg akan dilakukan ke atas abah.. Tak sangka abah boleh bersetuju, sbb abah ni mmg jenis yg tak tahan sakit, mungkin sbb dah sanggup nk tanggung derita sakit kepala kot! aper pun abah dah sihat skrg cuma pendengarannya sedikit kurang tp nk wat mcm maner, yang tu mmg penyakit keturunan, ( adik beradik abah semuanya ada masalah pendengaran bila dah lanjut usia) kadang2 itu yg menggamatkan keadaan bila kekurangan pendengaran abah dijadikan usikan anak2 sedara. Tp itu jgk la yg menguji kesabaran mak....
![]() | ||
| kenangan abah masa kecik ngan arwah opah |
![]() |
| budak2 yg sibuk |
![]() |
| yg ni kek tahun lepas |
Setiap kali besday, abah akan ambik cuti, walaupun masa tu tak der sapa nak sambut or celebrate ( anak2 masih kecik & xreti nk sambut besday sbb mak tak biasakan kami, maklum ler ekonomi tidak mengizinkan ) Bila anak2 dah bergaji barulah abah merasa majlis hari jadi walaupun secara kecik2 ajer, kadang2 tu cucu2nyer yg ter"over" tiup lilin..
Tahun ni abah nk celebrate kt Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, mak walaupun tgh berpantang sbb gatal2 badan ttp ikut meraikan abah. Nooi sponsor cheese cake dr Secret Recipes ( sebenornya dia yg mengidam kek tu ). Semoga abah di panjangkan umur dan sentiasa beroleh keberkatan dr Allah SWT. KAMI SAYANG ABAH...
Sunday, June 10, 2012
Weekend Di Teluk Senangin
![]() |
| berkat air tangan "mr hubby" bersih jer kebun ni.. |
![]() |
| "Ni semua saya punya.." |
Klu dah namanya kerja ngan budak ni ler gayanya...kejap dia laju berlari, kejap2 dia berhenti..
tetiba dia jumpa menatang ni dlm kubang kerbau...terjerit2 dia panggil ibu mintak tlg tangkap...(Along ni penakut & penggeli skt orgnyer) Aku pun kutip la si Nico ni, bubuh dlm tong cat bekas biji sawit tu.
" Ibu duit sawit ni ibu ambik la, saya tak nak...ni dpt Nico pun dah cukup" kata Along, Sebelum ni duit buah lerai mmg dia yg punya. " Saya nk bwk blk Nico ni" kura2 tu dia bg nama mcm dlm cerita "CINTA KURA KURA" Nico pun duduk la dlm tong cat tu selama 2 hari 1mlm...Aku suruh Along lepaskan Si Nico ke parit dpn rmh Wannyer ptg sebelum balik ke Chemor.
![]() |
| "ni NICO" |
Tuesday, May 29, 2012
Anak-anak & Mydin Mall
Dah 2 minggu lebih, Mydin Mall dirasmikan, bermula dari hari itu, aku dihantui soalan oleh bebudak 3 org ni, " bila nk gi Mydin?" simple jer soalan nyer tp aku xmampu nk jwp, sbb opahnyer dah pesan jgn bwk diaorg pegi kalau ayahnyer tak ader. Sbb mall ni besar, klu hilang susah nk cari kata mak, padahal bebudak ni boleh teruja nk pergi pun sbb cerita opahnyer jgk, dlm masa seminggu, dah 3 kali org tua tu shopping kt sana. Mmg tak dapat dinafikan kami anak beranak ni kuat meng"windowshopping" .
Hari ke3 mak pergi tu, Along Nabil mengamuk, nak-nak jgk pergi Mydin, siap belek2 katalog Mydin masa Mengaji Quran lagi. Balik rumah wat muka kat ibu ni, hempas2 barang plk tu. Memang mencabar kewibawaan ibu sungguh, bkn dia tak tau yg ayahnyer tak ada, out station memanjang. Lantas aku pun menggulung-gulungkan kertas katalog itu elok2 lalu....."nah, nk sgt Mydin!" aku hempuk dia ngan katalog tu. Hilang terus belas kesian ibu pd Along, tp bila dia mula menangis dgn memenyekkan mukanya mula aku plk yg nk menangis....sadis betui aku, pukul anak sbb Mydin...sorry Along, ibu terkesima dgn muka kesian Along..
Dinie plk, hari2 bila passing by jer Mydin Mall, mula ler tanya " ibu, naper ramai org sgt, bila ayah nk bwk kitaorg gi sana?" aku paham dr mula pecah tanah Mydin Mall tu, Dinnie dah mula berkira2 nk jalan2 kt situ, masalahnyer Ayah tak ader sayang...ibu tak mampu nk mengawal korang bertiga yg tak tau duduk diam.
Paling "cool" Iman, tak kisah sgt, klu ayah balik nanti kita pergi yer ibu... Akhirnya semalam tertunai jgk hasrat anak2 ibu. Seronok betul bila ayah suruh bersiap lepas Maghrib, walaupun ayah letih tp dipaksanyer jgk diri bwk anak2 berjalan ke Mydin sbb esok ayah akan outstation lg.....walaupun 2 jam jer kt sana, cukup memuaskan hati bebudak ni, bkn aper pun, ayah cuma belikan jam tangan satu sorang kt kiosk tu pas tu belanja mkn sizling mee & ice cream. Hypermarket tu langsung xmasuk.....tp nmpk kegembiraan yg amat sgt di muka budak 3 org ni. Mungkin pengaruh kengkawan yg menyebabkan diaorg sgt teruja nk gi Mydin or cerita opah yg buat diaorg memberontak nk pergi..
Skrg ni cuma permintaan Iman jer yg tak tertunai lg..nk gi Cameron Highland masa cuti ni. Ayah kata InsyaAllah sebelum abis cuti sekolah kita pergi yer sayang.....
Monday, May 28, 2012
18 Disember 2011 Dalam Kenangan
Dah lama aku x update blog ni, terlalu lama sehingga hampir 2tahun. Byk benda yg terjadi & yg paling sedih, pemergian abah mentua yg dikasihi secara tiba2. Tanggal 18hb Disember 2011 terpahat kemas di ingatan. Petang itu setelah pulang dr kursus bakery, aku rasa tak sedap hati jer, biasanya setiap minggu kami akan jenguk "in laws" sama ada di kampung atau pun di dusun. Ku ajak asben ke rumah dusun sbb musim durian ni mak & abah duduk disana, tambahan plk rumah tu serba lengkap jd ada apa yg nk dirisaukan walaupun diwaktu malam. Asben pun menurut jer walaupun dah hampir 6ptg. Along xikut sbb kerumah opahnya, Dinnie & Iman saja yg kami bawa. Masih terbayang2 saat mr asben membisikkan ditelingaku " Yang, abah dah tak ade", mcm mimpi dan dia terus pergi untuk menguruskan jenazah abah kerana arwah meninggal di dlm kebunnya. Berita itu jugak disampaikan oleh kawan arwah yg ada bersama arwah ketika itu. Asben pergi meninggalkan aku satu tugas besar, bagaimana harus aku terangkan pada mak & yang lain2 keadaan itu. Mak plk bertubi2 menyerangku dgn soalan. " mana abah kamu? kenapa dia xbalik?" Allah SWT saja yg tahu betapa pedihnya perasaanku ketika itu. Kurangkul bahu emak erat2, kugenggam tangannya kejap. " mak, abah dah tak da" bagai tersangkut suaraku dikerongkong, bergetar .."Ya Allah"...hanya itu yg mampu keluar dr mulut mak. Lantas kupeluk tubuh tua itu rapat, "sabar mak, kita buat persiapan ya". Anak-anak meraung..Atuk! hanya itu dimulut mereka.
Nasib baik ada anak saudara yg boleh diharap ketika itu. Amira aku tugaskan untuk menenangkan wannya, sementara otakku berputar ligat, " apa yg perlu aku buat, sapa yg perlu aku bg tau" tiba2 teringat mak aku dikampung, nombornya aku dail utk sampaikan berita buruk itu, suara anak sulungku Nabil kedengaran dihujung talian, tak mampu kusampaikan berita ini pada Nabil sbb dia cucu yg paling rapat dengan arwah. Syukur adikku disana, setelah berita kusampaikan, aku minta mereka dtg segera & tolong bawa apa yg perlu untuk persiapan termasuk kain bajuku, kerana aku dtg sehelai sepinggang sbb niatku hanya nk jenguk org tua sambil makan durian di dusun. Aku berlari ke rumah jiran, minta Al-Quran & Surah Yasiin senaskah dua. Almaklumlah..dirumah cuma ada senaskah saja, pondok tunggu durian lah katakan. Dalam hati aku berdoa, moga2 apa yg disampaikan oleh sahabat baik abah tadi tidak benar, mungkin abah cuma pengsan ..
Kulihat emak sudah sedikit tenang, dia mengarahkan aku menelefon adik beradik yang lain, saudara mara & rakan2 arwah. Aku lakukan sebaik mungkin. Inilah pertama kali aku hadapi perkara seperti ini. Aku cuba uruskan dgn sebaik mungkin. Kusiapkan tilam untuk pembaringan jenazah. Emakku turut membantu setelah keluargaku tiba dr Chemor, mujurlah jarak antara Kuala Kangsar & Chemor tidak jauh, lebih kurang 45 minit masa perjalanan saja. Terasa lega sikit dgn bantuan mak. Akhirnya jenazah abah tiba, saat itu kupandang wajah emak mertuaku, sedihnya melihat emak mengusap2 wajah abah, 52 tahun usia perkahwinan mereka, onak ranjau berduri telah direntasi bersama, maut jua memisahkan mereka...Nabil menangis melihat jenazah Atuk kesayangan terbaring lesu. Pandangan ku singgah pada wajah asben, kosong...
Aku & asben cukup puas sbb kami dah buat sehabis baik melayan abah & mak diakhir usia mereka, apa saja katanya kami turutkan walau kekadang xsesuai dgn jiwa, Nabil puas menikmati cuti sekolahnya bersama Atuk, makan tidur bersama, ke kebun, ke pekan pun dibawanya Nabil. Apa saja permintaan cucu itu diturutkan, sampaikan abah pernah menyuruh asben tgk2kan Motor Scrambler yg kecik tu untuk Nabil kononnya senang bergerak dlm kebun kelapa sawitnya nanti, mujur asben cpt menolak tp dgn cara yg tidak melukakan hatinya...pemergian abah byk meninggalkan kenangan ..terbayang2 seminggu sebelum itu, abah mengajak aku & asben ke pekan kuala untuk beli mesin basuh untuk rumah dusun. Habis ditawafnya pekan kuala, setiap kedai ditinjau harganya, terdetik jgk hati sbb sebelum ini abah bkn jenis suka berjalan2 mcm tu, habis beli washing machine diajaknya kami ke lembah untuk beli juadah minum ptg, mcm2 dibelinya, aku pun ikut jer kehendaknya sambil hatiku berkata2, lain benar abah kali ni. Dah hampir sebelas tahun aku mengenalinya tak pernah abah mcm ni. Bila kami melintasi tempat2 yg byk meninggalkan kenangan masa mudanya, abah akan bercerita. Aku suka mendengar cerita abah, asben hanya senyum sbb dia bkn jenis byk ckp pun, kadang2 aku gelak bila abah menamakan satu tmpt tu "Bendang Gomen"( Bendang Kerajaan, pejabat PWD( JKR & kedai Dabal Layan( Double Lion) Alhamdulilah semua makanan yg dibeli habis dimakan bersama anak2 kami. Abah pergi meninggalkan kenangan buat kami. Sampai skrg aku akan tersenyum bila melewati kedai Dabal Layan tu.
Jenazah abah selamat disemadikan sebelum jam 11pagi, sayunya hati dikala wajah abah kucium buat terakhir kali, seboleh mungkin kutahan airmata dari menitis, mungkin klu org tgk aku ni terlebih2 over dari anak2 arwah sendiri tp nk buat mcm mana, mmg aku ni sensitip ( kata opah aku) orgnya. Saat Kurry adik iparku mendukung mak untuk ke kereta bg mengiringi jenazah lg parah kurasa, mcm nk meraung, untung aku masih waras. alhamdulilah semuanya selesai, nasib baik ada emak aku & kak Sara ( pembantu di kedai makan mak sebelum ni ) ada membantu untuk menyediakan makan tengahari ala kadar untuk saudara terdekat yg ada. Mak tak lalu makan puas ku pujuk, dia hanya mengaji tak putus2, mungkin memujuk hatinya. Lama juga kulihat emak berkeadaan begitu, makan cuma sedikit bg mengalas perut lepas tu duduk mengaji semula. Sesekali kulihat airmatanya mengalir bersama alunan ayat suci. Tak apa mak, kami dan cucu-cucu mak masih ada. InsyaAllah kami akan jaga mak..
Subscribe to:
Posts (Atom)















