Monday, June 14, 2010

Bila abah sakit....


Bila abah sakit baru aku tahu erti kasih sayang bagi seorang warga emas, bila abah sakit baru aku tahu betapa teman menangis susah didapati, bila abah sakit baru aku tahu erti kehilangan...dan mcm2 lagi. Hampir sebulan abah melepasi saat2 getir dihospital, menghadapi pembedahan bg brain tumornya. Pada hari tersebut, seawal pagi emak & adik2 sudah berada disisi abah. Aku tidak dpt turut serta kerana menguruskan anak2. Tp pd petang seblmnya, telah kupeluk abah erat2, telah kucium tangannya memohon ampun, bimbang sekiranya berlaku perkara2 yg tidak diingini. Selepas menguruskan anak2 kesekolah aku terus ke OT, HRPB. sambil menunggu kami bacakan Surah Yassin sambil memohon kerahmatan dariNYA...berdebar2 hati menunggu pembedahan selesai. pembedahan selesai setelah jam 3pm. Aku ketika itu berada diluar kerana menghantarkan duit belanja anak sulungku. Adik menelefon memberitahu abah telah berjaya menjalani pembedahan dan terus ditempatkan di ICU.
Aku dan adik2 terus menanti sehingga kami dibenarkan masuk melawat abah diICU. Setiap kali pintu ICU terbuka setiap kali itulah kami mencuri jenguk pada abah yg kebetulan bertentang dgn pintu msk. Jam 5pm kami dibenarkan masuk, ketika itu aku dan mak baru saja selesai solat Asar, tiba diICU aku lihat Nooi & Nana berada disisi abah, keadaan sedikit kelam kabut kulihat kerana abah yg masih didlm pengaruh bius, meronta2 cuba bangun & seakan mahu muntah. Bayangkan dgn tiub dimulut, wayar2 yg berselirat ditubuh, abah cuba bangun seakan ingin lari kulihat...ketika itu aku & mak terus saja menerpa kekatil abah, S/Nurse meminta kami memegang kaki & tangan abah untuk diikat. Luluh hati ini melihat keadaan abah begitu. Kami diminta keluar sejurus itu.
Aku & mak terus menenangkan hati dgn Surah Yassin, tetapi bacaan kami terganggu dgn visitors dari wad yg bersebelahan, mereka bergelak ketawa, berseloroh, bergurau senda disitu, sedangkan mereka tahu kebanyakan ahli keluarga yang berada di kwsn rehat itu adalah dr ICU patient. tak terlintaskah dihati mereka bahawa kami sedang berduka, tidak nampakkah mereka kami yg berlinangan airmata menunggu org tersayang sembuh,.mereka itu semua sebangsa & seagama, apakah mereka xphm aper yg sedang kami baca? Ternyata nilai2 insani itu telah luput dr jiwa mereka, kemanakah sensitiviti mereka sbg saudara seagama?
Akhirnya abah kembali stabil dan xsmp 24jam abah ditukarkan ke wad biasa. Saudara mara, sahabat handai & org kg tidak putus2 melawat setiap kali tiba waktu melawat. Setiap mlm adik2 dan mak akan bergilir2 menemani abah diwad, selalunya 2org akan ada pd satu2 masa. Saat itulah aku terpandang seorang pakcik dr kg sebelah yg kebetulan bersebelahan dgn abah. Amat jarang kulihat dia menerima pelawat, anak pun cuma dtg sekejap2. Katanya isterinya xsihat. Anak2 sibuk bekerja. Tp dr matanya aku mengerti dan pasti dia jg inginkan anak2 berada disisi, kadang2 bila anaknya yg seorg itu dtg, aku boleh lihat dia seakan ingin bermanja, merengek2 spt anak kecil mengadu kesakitan pd anaknya tp bila anaknya balik dia kulihat kembali spt biasa. Ini membuatkan aku berfikir kembali, apakah nilai pengorbanan seorang ayah pd anak2nya? adakah anak2 menganggap itu cuma tanggungjawab seorang ayah dan xperlu dibalas? berbaloikah wang ringgit yg ditaburkan setiap bulan tanpa kasih sayang dr seorg anak? wangkah yg ibubapa kita dambakan? Satu mlm pakcik itu menangis kesakitan, katanya perutnya sakit hingga ke pangkal hati, dipanggilnya adikku minta diurutkan, merayu2 dia pd Nooi, sehinggakan timbul belas & adikku itu mengenepikan perasaan malu, lantas mengurut perut org tua itu sehingga hilang sakitnya....sayu bila Nooi menceritakan perihalnya bila aku dtg. Apakah nasib aku bila tua nanti?
Disatu sudut yg lain, aku menyaksikan kesetiaan seorg isteri muda, menjaga suami yg sudah xkenal dirinya lg, meningitis menyebabkan sisuami terdampar dikatil dgn mata yg kosong memandang siling. Sedihnya mengenang nasib pasangan muda itu. Sakit sebenarnya memberikan suatu kebenaran pd kita, bila kita sudah tidak berdaya, baru kita kenal siapa kawan siapa lawan, yg mana batu yg mana permata....Alhamdulillah ....syukur dipanjatkan padaNYA, abah dah semakin pulih dan pun sampai ke P. Pinang baru2 ini untuk meraikan perkahwinan cousins kami Jijun....dan berhari raya bersama2 anak cucu..

Thursday, April 15, 2010

Doa untuk Atuk



Ya Allah berikan kesihatan yg baik untuk Atuk. Iman sayang Atuk!
Atuk sakit...ibu kata atuk sakit kepala....sian atuk. Patut la smlm atuk mintak saya picit kepala...atuk marah bila saya bising2, gelak2 dgn k. ngah, bergaduh ngan along. Saya suruh atuk makan ubat...saya picit2 kepala atuk..atuk bagi upah, gula2 masam faveret saya. Tima kasih atuk!
Tadi pagi2 lagi atuk ikut Ibu hantar saya pergi sekolah. Mula2 antar along, pas tu saya, kemudian K.ngah. Ibu kata nk bw atuk gi hospital.. mesti atuk kena cucuk ngan doktor. doktor suka cucuk org sakit! Tapi saya nk jadi Doktor. Nk tlg ubatkan klu ibu, ayah, opah, atuk sakit, nyang pun boleh saya ubatkan.
Tadi blk sekolah saya nk jumpa atuk tp ibu xnak bawakan..saya nk tengok atuk. Dah sihat ke atuk? Tapi saya suka pegi rumah atuk sebab atuk suka bagi saya gula2 masam. Pagi td pun atuk bagi gula2 lagi. Dapat sorang 2biji...
Saya xnak atuk sakit. Saya ikut ibu sembahyang Maghrib, saya doa banyak2, supaya Allah bagi kesihatan pada atuk...ibu kata Allah sayang hambanya yg rajin sembayang, klu Allah sayang saya tentu Allah kabulkan doa saya...Ya Allah janganlah biarkan Atuk sakit, berikanlah kesihatan pada atuk, saya suka kalau atuk cpt sembuh. Boleh ronda2 naik motor ngan atuk..Ibu kata mata atuk dah xnampak, telinga atuk pun dah rosak. Atuk letak benda dlm telinga supaya boleh dengar saya cakap. Sian atuk...Saya Sayang Atuk, K. Ngah & Along pun sayang Atuk...ATUK CEPAT SIHAT YER...

Friday, March 26, 2010

Kenapa?

Kenapa manusia lupa diri?
dah bagus sgt ke smp sanggup kutuk mengutuk org lain. Cerminlah diri sendiri klu nk ludah pun sbb bila ko meludah cam tu tetiba jatuh kt muka sendiri, walaupun ko xperasan tp org lain nmpk air liur ko yg tertempek kt muka sendiri tu...xmalu ker?
Dah la tu ko lepaskan marah ko pd tmpt yg sepatutnya..klu xpuas hati ko gi la jmp sendiri ngan org tu. apasal main smp2 plk. Takut ker? Jgn perasan diri tu perfect sgt mcm xpernah buat salah, mcm jln yg ko ambik tu betul & lurus jer. Org lain nmpk jln ko pun bengkang bengkok jgk. Kdg2 tu ikut short kat gak, ada masa kita kena U-turn. Ko sendiri yg xperasan atau buat2 xperasan. Ko ckp mcm ko tu pandai dlm semua benda...dan org lain lemah sgt. byk sgt salah org yg ko nmpk.
Insaf la..kita semua tidak langsung sempurna. ALLAH maha mengetahui kebenarannya. Kembali la kepangkal jln. Apa ko rasa ko dah ckp bahagia dgn jln yg ko pilih? apa kah itu jln yg benar? ko sendiri tau jwpnya tp sengaja buat2 lupa sbb ko skrg mmg bahgia dgn cara itu? Tp percayalah setiap jln itu pasti ada cabang, simpang, U-turn, corner baring, bukit bukau dan mcm2 lg. Masa ko kt atas bukit mmg seronok tgk viewnya tp ko kena turun gak..xleh nk duk kt atas selama2nya..bila satu masa nanti ko terbaring kt corner baring..br ko tau...aku pun rasa mcm nk tumpang gelakkan ko masa tu..tp xbaik la plk. apapun aku pun manusia biasa gak...

Sunday, January 17, 2010

Monday, January 11, 2010

Kisah Along & Aku


Nabil (Along) anak sulungku baru melangkah ke tahun 1. Beg tadikanya xmampu menampung berat bukunya tahun ni. Permintaannya beg beroda yang ade gambar transformer.
Jenuh ayahnya jelajah Ipoh cari beg tu, konon nak cari yang berkualiti tapi murah. Semalam setelah satu hari mencari akhirnya dapat jugak la beg tu..
Tersenyum lebar bila Along tengok beg tu, HEBAT..katanya. Malam tadi aku tranferkan semua bukunya ke beg baru. Hari ini bila aku suruh bawa, xnak katanya. Sayang nanti beg tu rosak, kena hujan la, nanti kotor la, macam2 alasannya. Tapi aku berkeras, kena bawa jugak kalau x, ibu hantar balik ke kedai.
Sampai je kat sekolah dia pun tarik la beg tu sampai ke tempat kawan2nya berkumpul. Dengan bangga dirinya Along menayangkan begnya pada kawan2. Siap bukak compartment2 tu. Ramailah kawan2 yang berkerumun datang tengok beg baru Along. Aku yang memerhati dari jauh ketawa geli hati.
Tiba2 aku teringat zaman kecilku. Kami adik beradik tidak mampu beli beg baru setiap kali tahun baru. Apa yang ada kami gunakan semula. Bertuah sungguh anak2 zaman ini, siap boleh request apa yang mereka mahukan. Aku dulu kalau dapat beg terpakai dari makcik2 ku atau beg yang dibuat sendiri oleh emak dari perca kain, itu pun dah cukup baik dan cantik.
Melihatkan anakku melangkah ke sekolah tahun ini, mengimbau kembali zaman kecilku. Memang jauh berbeza. Aku dan adik2 ke sekolah dengan belanja 20sen seorang. Anakku dapat RM1. Syiling x laku katanya. Tapi Alhamdulillah, Along rajin bawa bekal pada waktu pagi, petang baru dia gunakan duit Seringgit tu ( sekolah Agama ). Aku bercadang nak belikan dia tabung untuk ajar dia menyimpan duit lebihan belanjanya itu. Kalau boleh aku x mahu anak2ku terlampau mewah. Mereka perlu diajar susah supaya tahu menghargai pengorbanan Ayah & Ibu mereka nanti.
Xsangka sudah usia perkahwinanku juga hampir menjangkau 8 tahun. Syukur jua kupanjat pada ILAHI, kami berjaya mengharungi onak duri dan dugaanNYA..