Its been 10 days since u gone, feel so empty, thinking of u most of my time, thought I'm strong enough to live without man but God!!!! i'm so wrong...may god bless u & mak all along your journey to Baitullah...36 days more to go with....Moga beroleh Haji yg Mabrur di sana..Amin. from Me, Along, Dini & Iman.
Kisahnye...
merentasi perjalanan hidup insan....
Saturday, September 28, 2013
Saturday, September 21, 2013
Cerita setengah tahun....
Bertahun rasanya aku tak menjenguk ke laman ni. Hari ni tiba tiba terasa nk mengetuk keyboard ni plk, Banyak benda berlaku sejak hari itu (hampir setahun). Iman anak dara aku dah mula sekolah tahun 1, Dini di tahun 2, Along plk tahun 4. Seawal 5am dah kena bangun untuk sediakan sarapan. 5.40 kejutkan Along, pastu baru anak dara yg 2 org tu, 6.40am kena pastikan aku dah keluar dari rumah utk smp ke sekolah sebelum loceng dibunyikan. Pagi sekolah kebangsaan, ptg ke kelas KAFA. Tghari diaorg ke TRANSIT. Petang aku kutip blk, Sampai rumah dah dekat 6.30pm, kelam kabut masak ala kadar, letak kain kotor dalam washing machine, pastikan bdk2 do their homework, solat dan mkn malam. 8.30pm hantar bdk2 ke rumah ustazah utk mengaji Al-Quran . 9.15pm ambik blk, Klu asben ada, ringan skt kerja aku, tp klu dia outstation, mmg parah....
Most all the time asben outstation or busy ngan business...so aku la yg terpaksa terkejar kejar ngan anak-anak. Ya lah..busy asben pun untuk cari rezeki tambahan buat family jgk kan! My Mr Man ni mmg rajin kerja, Sampai kadang2 tu aku pun naik kesian kat dia, makan entah kemana..balik rumah perut dah masuk angin. Weekend plk nk tgk2 kebun lg. Hopefully apa yg dia usahakan di berkati ALLAH SWT.
Lagi satu hujung tahun ni kami sekeluarga bakal menyambut new member..InsyaAllah awal Nov ni our baby girl akan menjengah dunia. Bertambah lg anak dara aku...Nampak gayanya along kena garang lebih lg, sbb adik2 semua pompuan. But the best part is, Mr Man xder di sisi this time. Mr Man & my Inlaw, jadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci tahun ni.

![]() |
| 3 become 4 tak lama lagi... |
Thursday, October 11, 2012
ENAM MAUT BAS, KERETA BERTEMBUNG........
Sedihnya baca tajuk akhbar arini, tp itulah ajal mereka sekeluarga. Ibu & 3 org anaknya meninggal ditempat kejadian. Turut terkorban ialah pemandu kereta & sorang lg penumpang. Photo di BH menunjukkan si ayah sedang meratapi pemergiaan orang tersayang.
Khabarnya arwah si ibu berhajat melawat anak sulungnyadi Kuala Trengganu kerana terlalu rindukan cucu2nya. Mungkin juga sipemandu memandu dlm keadaan mengantuk dan terbabas ke laluan bas yg bertentangan. Untuk rekod waktu kemalangan ialah jam 4.30am. Kapasiti kereta juga berlebihan,. 3 org dewasa & 5 org kanak2 bknlah beban yg sesuai untuk sebuah kereta VIVA. Nak buat mcm mana, mgkn itu saja kenderaan yg mereka ada.... Al-Fatihah untuk mereka yg terkorban.

Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah
Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah
Sewaktu
anak-anak anda mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah dan
semakin rapat dengan rakan barunya, anda mungkin menyedari perubahan
dalam pilihan makanan dan tabiat makannya. Sebagai contoh, mereka
mungkin enggan makan, makan terlalu sedikit atau banyak makan makanan
ringan yang kurang berkhasiat.
Mungkin
anda tidak menyedarinya, tetapi perubahan ini berpunca daripada lebih
kebebasan dan berdikari yang dirasai oleh kanak-kanak yang baru memasuki
alam persekolahan. Ramai ibu bapa merasakan bahawa oleh kerana
anak-anak mereka sudah cukup ‘besar’ untuk pergi ke sekolah, mereka juga
telah cukup matang untuk memilih makanan sendiri. Di sinilah punca
permulaan masalah.
Bermula dari rumah
Anak-anak
yang bersekolah berada dalam peringkat umur yang mudah dipengaruhi.
Mereka meluangkan lebih banyak masa bersama rakan di sekolah dan
terlibat dalam aktiviti di luar kurikulum. TV dan komputer menjadi teman
setia apabila mereka pulang ke rumah. Besar kemungkinan inilah sumber
utama yang mempengaruhi mereka, tetapi bukan orang yang paling penting
dalam hidup mereka pada masa ini – iaitu anda.
Namun
demikian, anak anda masih menjadikan anda sebagai suri teladan mereka.
Gunakan kelebihan ini untuk mengajar mereka di rumah tentang kebaikan
dan khasiat pemakanan, tabiat makan yang sihat, dan aktif dalam aktiviti
fizikal. Dengan berbuat demikian, anda akan mempengaruhi pilihan
makanan mereka apabila mereka berada di luar. Lebih penting lagi, anda
juga mempengaruhi pilihan makanan mereka pada masa hadapan.
Anda boleh memperkasakan anak-anak anda untuk membuat pilihan yang bijak dalam soal makanan dengan:
1. Memperkasakan diri anda
Dapatkan
nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor keluarga anda bagi
memperkasakan diri anda dengan pengetahuan mengenai asas pemakanan yang
sihat dan cara terbaik untuk memberi anak anda makan. Anda juga boleh
membaca tentang pemakanan yang sihat untuk melengkapkan diri anda dengan
maklumat yang betul. Anda akan lebih berkeupayaan untuk mengajar dan
memperkasakan anak-anak anda apabila anda sendiri yakin dengan
pengetahuan yang diperolehi.
2. Menjadi suri teladan
Oleh
kerana anak anda mudah terpengaruh, anda perlu berusaha untuk menjadi
contoh yang baik dalam soal pemakanan dan cara hidup yang sihat. Ini
termasuk mengamalkan tabiat makan yang baik, gaya hidup aktif dan
menjaga kebersihan diri. Sebagai contoh, apabila anda makan sayur,
pastikan anda tidak lupa untuk memberitahunya betapa lazat dan sihatnya
sayur yang anda makan. Besar kemungkinan anak anda akan mengikut jejak
anda dan mula makan sayur!
3. Mulakan dari kecil
Anda
perlu mula menyemai tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda sejak
mereka kecil. Mulakan dengan sesuatu yang mudah, tetapi penting. Sebagai
contoh, pastikan dia mengambil sarapan setiap pagi sebelum pergi ke
sekolah. Anda juga boleh menyediakan makanan dengan cara yang sihat
supaya dia boleh mengamalkan tabiat makan yang sihat sejak kecil. Atau,
anda boleh menjelaskan kepadanya tentang pentingnya makanan dan snek.
Beritahunya bahawa makanan harian ini akan bermanfaatkan kesihatan dan
akan membolehkannya membesar dan menjadi seorang kanak-kanak yang kuat
dan pintar. Ini akan meningkatkan kemungkinan anak untuk mengamalkan
tabiat makan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang bijak bukan
sahaja di sekolah, tetapi juga sepanjang hayatnya.
4. Jangan putus asa!
Salah
satu cara penting untuk menyemai pengetahuan tentang pemakanan yang
baik ialah dengan bersabar. Jangan putus asa jika anak anda masih tidak
mahu makan sayuran walaupun sudah 5 kali diminta! Bersabarlah dan terus
mencuba lagi. Lama-kelamaan, selepas dipujuk, mereka pasti akan makan
sayur yang anda sediakan. Ini pasti merupakan satu kejayaan bagi anda
berdua!
Petua yang praktikal dan menyeronokkan
Semasa
berusaha untuk memperkasakan anak anda untuk membuat pilihan makanan
yang betul dan mengamalkan tabiat makan yang sihat, anda boleh
menggunakan cara yang menyeronokkan anak (dan anda juga). Pembelajaran
tentang pemakanan sihat tidak semestinya membosankan. Batasan yang
dihadapi adalah hanya imaginasi anda sendiri. Petua berikut sedikit
sebanyak dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan lebih
menyeronokkan!
- Berbelanja bersama
Ini
adalah peluang baik untuk mendidik anak tentang makanan mentah, seperti
sayur-sayuran, supaya dia dapat mengenal bau dan teksturnya.
Kanak-kanak bersifat ingin tahu tentang segala-gala yang ada di
sekeliling mereka, dan ini lebih memudahkan anda untuk menerangkan
kebaikan makanan tertentu. Ajar mereka tentang khasiat kebaikan yang
disenaraikan pada bungkusan makanan. Contohnya, anda boleh mengambil
sekotak bijirin bijian penuh dan menerangkan tentang kebaikan kepada
kesihatan makanan seperti ini..
- Masak bersama
Sebagai
permulaan, anda boleh menyediakan sarapan bersama anak pada hujung
minggu. Peringkat usia sekolah rendah adalah paling sesuai untuk belajar
tentang pemakanan yang sihat, kerana mereka sentiasa berminat untuk
belajar perkara baru, lebih-lebih lagi mengenai makanan dan pemakanan.
Mereka juga berminat dan berupaya untuk membantu anda di dapur dengan
melakukan kerja yang mudah seperti membasuh buah-buahan atau memotong
sayur-sayuran. Mereka akan lebih berminat untuk merasa makanan yang
mereka sendiri sediakan kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk
memberitahu seisi keluarga mengenainya!
- Makan bersama
Galakkan
keluarga anda untuk makan bersama setiap hari. Waktu makan adalah masa
paling baik untuk mengeratkan hubungan dengan anak anda, bertanya khabar
dan berkongsi aktiviti harian. Pastikan suasana pada waktu makan
bersama keluarga santai dan menyeronokkan. Anak anda akan lebih
berselera makan dalam suasana yang positif.
- Main bersama
Bermain
dengan anak adalah cara yang baik untuk anda sekeluarga melakukan
aktiviti fizikal. Anda boleh membawa mereka ke padang atau taman
permainan dan menggunakan kemudahan yang terdapat di sana. Anda juga
boleh menggalakkan mereka menyertai permainan berkumpulan seperti
badminton. Bersiar-siar bersama keluarga seperti berkelah atau berjoging
juga dapat merangsang kecergasan mental dan fizikal!
- Berkomunikasi bersama
Sentiasa
luangkan masa untuk berbual dan mendengar rintihan atau luahan hati
anak anda. Anda boleh bertanya tentang makanan yang dimakan oleh rakan
sekelasnya, sama ada dia suka makanan seperti itu atau gemar menyertai
sesi pembelajaran fizikal di sekolah. Perbualan tidak semestinya
mengenai makanan. Anda boleh berbual tentang banyak perkara lain yang
dapat merapatkan hubungan anda dengannya. Ingatlah, komunikasi mesti dua
hala… jadi, beri peluang kepada anak untuk bercakap!
Keputusan
untuk mula mendidik anak anda tentang pemakanan yang sihat bermula
dengan anda. Ingatlah, anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk
berbuat demikian kerana anak anda membesar dengan cepat. Anak anda
memerlukan pemakanan yang sempurna sekarang. Jadi, mulakan hari ini…
beri mereka makanan yang betul, ajar mereka tentang makanan yang baik
dan tanamkan rasa cinta terhadap aktiviti fizikal.
Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.
26-09-2011
Saturday, August 4, 2012
Busy..busy..busy
Sebulan lebih aku sibuk, sibuk di opis, sibuk di rumah. Hati teringin nk menulis tp masa tak mengizinkan. Tiba Ramadhan , lg tak da masa utk menulis, persediaan untuk akhirat lebih utama. Tak apelah, bila ada masa nanti akan ku sambung lg kisah "Kasih yg Tertumpah"
Monday, June 25, 2012
Ceritera : Kasih yang Tertumpah (Part 3)
"Ya Allah...berikan aku kekuatan bagi menempuh dugaan ini. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Sesungguhnya kami hanya merancang tapi Engkau yang menentukan. Aku pasrah Ya Allah Aku pasrah....Amin Ya Rabbalalamin." Zul meraup kedua telapak tangan ke mukanya. Terasa tenang seketika, sejadahnya dilipat ke tepi. Biasanya mereka anak beranak akan solat Maghrib berjemaah tp malam ini tidak seperti selalu. Rumah teres dua tingkat itu terasa sunyi sepi sejak petang tadi. Kekeruhan melanda jiwa penghuninya.
Terbayang wajah jernih Misya yang dikenalinya sejak zaman sekolah. Cinta Monyet mereka putus apabila masing2 melanjutkan pelajaran. Zul mendapat biasasiswa JPA dan berpeluang belajar di salah sebuah universiti di United Kingdom tp Misya cuma di universiti tempatan. Tiada sengketa, cuma jarak dan masa yang memisahkan mereka. Dalam kesibukan mereka mengejar ilmu hubungan itu putus begitu saja. Sedar2 Zul jatuh cinta lagi dengan Syila, teman sekuliah dan mereka berkahwin, berkeluarga dan bekerja di UK.
Berbeza dengan Misya, Syila seorang wanita yang begitu mementingkan karier. Kalau tengok gaya berpakaian dan caranya bersosial tiada sapa percaya dia berasal dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam. Rambut blonde dan skirt pendek sudah sinonim dengannya. Sudah jenuh Zul menasihati tapi tak pernah sekali pun berbekas padanya. Akhirnya rumahtangga mereka hancur dek ego Syila, Anak-anak memang tidak rapat dengan Syila, mereka lebih mesra dengan Zul. Perceraian membawa Zul pulang ke Malaysia. Hidup di sini lebih sesuai untuk membesarkan anak-anak. Zul mahu anak-anaknya membesar sebagai Muslim sejati, berpegang dengan adab sopan & tatasusila Timur dan berjiwa Melayu.

Tuesday, June 19, 2012
Kasih Yang Tertumpah ( Part 2)
"Tak nak, Syasya tak perlu mama baru, Mama Syila kan ada, Syasya nk duduk ngan Mama Syila kt UK" bentak Syasya. Bilik berselerak, buku-buku bertaburan dilantai, bantal dan tilam tonggang terbalik. Bilik pink itu kelihatan seperti baru diserang geruda. Zul menghampiri Syasya, tiba tiba seekor beruang melayang ke muka Zul. Tersentak, terhenti langkahnya, Astaghfirullahalazim... ditatapnya wajah Syasya dalam-dalam lalu berpaling keluar. Biarkan dia sejuk dulu.
Syasya tak tau macam mana beruang teddynya itu boleh terbang ke muka papa. Teddy bear kesayangannya itupun papa yg hadiahkan. Rasa bersalah menyelinap di hatinya. Papa tak pernah berkasar, papa sentiasa ada bila dia sakit, di dada papalah tempat dia menangis bila sedih, Tangan kasar papalah yang mengusap rambutnya dan papa tak pernah lupa mengucup dahinya, juga mengucap salam setiap malam sebelum tidur. Syasya tak mahu ada orang lain hadir di tengah kebahagiannya dan adik beradik lain bersama papa. Syasya tak kisah walau hidup tanpa mama, selama ini pun mama tak pernah ambil peduli tentang Syasya. Mama sibuk dengan kerja sampai malam. Jarang sangat mama peluk Syasya adik beradik. Ada atau tidaknya mama tak pernah meninggalkan kesan pada Syasya tp bila mama baru hadir dia sangat terancam. "Papa...Syasya sayang papa" sendu Syasya.
Adli dengar kak ngah menangis, Adli nampak wajah papa sugul sewaktu lalu di ruang tamu tadi. Adli tinggalkan rancangan "Spongebob Squarepants" kegemarannya dan bangun menuju ke bilik Kak Ngah. Adli kutip Teddy Bear berwarna pink kesayangan kak ngah. Kak Ngah sayangkan teddy bear tu sebab Adli tahu Kak Ngah sangat suka warna pink dan teddy bear ini salah satu barang yang kak ngah sayang. Diletaknya beruang pink itu di tepi katil kak Ngah. Biar Kak Ngah kembali tenang. Adli tak mahu ganggu kak ngah. Kakaknya itu masih tertiarap dan badannya bergoyang goyang menangis. Perlahan dihampirinya Kak Ngah, sayu hatinya tiba-tiba. Dipeluknya Syasya dari belakang. "Kak Ngah jangan nangis, adik sayang kak ngah" bisiknya ditelinga Syasya.
Subscribe to:
Posts (Atom)