
Nabil (Along) anak sulungku baru melangkah ke tahun 1. Beg tadikanya xmampu menampung berat bukunya tahun ni. Permintaannya beg beroda yang ade gambar transformer.
Jenuh ayahnya jelajah Ipoh cari beg tu, konon nak cari yang berkualiti tapi murah. Semalam setelah satu hari mencari akhirnya dapat jugak la beg tu..
Tersenyum lebar bila Along tengok beg tu, HEBAT..katanya. Malam tadi aku tranferkan semua bukunya ke beg baru. Hari ini bila aku suruh bawa, xnak katanya. Sayang nanti beg tu rosak, kena hujan la, nanti kotor la, macam2 alasannya. Tapi aku berkeras, kena bawa jugak kalau x, ibu hantar balik ke kedai.
Sampai je kat sekolah dia pun tarik la beg tu sampai ke tempat kawan2nya berkumpul. Dengan bangga dirinya Along menayangkan begnya pada kawan2. Siap bukak compartment2 tu. Ramailah kawan2 yang berkerumun datang tengok beg baru Along. Aku yang memerhati dari jauh ketawa geli hati.
Tiba2 aku teringat zaman kecilku. Kami adik beradik tidak mampu beli beg baru setiap kali tahun baru. Apa yang ada kami gunakan semula. Bertuah sungguh anak2 zaman ini, siap boleh request apa yang mereka mahukan. Aku dulu kalau dapat beg terpakai dari makcik2 ku atau beg yang dibuat sendiri oleh emak dari perca kain, itu pun dah cukup baik dan cantik.
Melihatkan anakku melangkah ke sekolah tahun ini, mengimbau kembali zaman kecilku. Memang jauh berbeza. Aku dan adik2 ke sekolah dengan belanja 20sen seorang. Anakku dapat RM1. Syiling x laku katanya. Tapi Alhamdulillah, Along rajin bawa bekal pada waktu pagi, petang baru dia gunakan duit Seringgit tu ( sekolah Agama ). Aku bercadang nak belikan dia tabung untuk ajar dia menyimpan duit lebihan belanjanya itu. Kalau boleh aku x mahu anak2ku terlampau mewah. Mereka perlu diajar susah supaya tahu menghargai pengorbanan Ayah & Ibu mereka nanti.
Xsangka sudah usia perkahwinanku juga hampir menjangkau 8 tahun. Syukur jua kupanjat pada ILAHI, kami berjaya mengharungi onak duri dan dugaanNYA..
No comments:
Post a Comment