Monday, June 25, 2012

Ceritera : Kasih yang Tertumpah (Part 3)

"Ya Allah...berikan aku kekuatan bagi menempuh dugaan ini.  Hanya Engkau yang Maha Mengetahui,  Sesungguhnya kami hanya merancang tapi Engkau yang menentukan.  Aku pasrah Ya Allah  Aku pasrah....Amin Ya Rabbalalamin."  Zul meraup kedua telapak tangan ke mukanya.  Terasa tenang seketika, sejadahnya dilipat ke tepi.  Biasanya mereka anak beranak akan solat Maghrib berjemaah tp malam ini tidak seperti selalu.  Rumah teres dua tingkat itu terasa sunyi sepi sejak petang tadi.  Kekeruhan melanda jiwa penghuninya.
     Terbayang wajah jernih Misya yang dikenalinya sejak zaman sekolah.  Cinta Monyet mereka putus apabila masing2 melanjutkan pelajaran.  Zul mendapat biasasiswa JPA dan berpeluang belajar di salah sebuah universiti di United Kingdom tp Misya cuma di universiti tempatan. Tiada sengketa, cuma jarak dan masa yang memisahkan mereka.  Dalam kesibukan mereka mengejar ilmu hubungan itu putus begitu saja. Sedar2 Zul jatuh cinta lagi dengan Syila, teman sekuliah dan  mereka berkahwin,  berkeluarga dan bekerja di UK.
      Berbeza dengan Misya, Syila seorang wanita yang begitu mementingkan karier.  Kalau tengok gaya berpakaian dan caranya bersosial tiada sapa percaya dia berasal dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam.  Rambut blonde dan skirt pendek sudah sinonim dengannya.  Sudah jenuh Zul menasihati tapi tak pernah sekali pun berbekas padanya.  Akhirnya rumahtangga mereka hancur dek ego Syila, Anak-anak memang tidak rapat dengan Syila, mereka lebih mesra dengan Zul.  Perceraian membawa Zul pulang ke Malaysia.  Hidup di sini lebih sesuai untuk membesarkan anak-anak.  Zul mahu anak-anaknya membesar sebagai Muslim sejati, berpegang dengan adab sopan & tatasusila Timur dan berjiwa Melayu.
    

No comments:

Post a Comment