"Tak nak, Syasya tak perlu mama baru, Mama Syila kan ada, Syasya nk duduk ngan Mama Syila kt UK" bentak Syasya. Bilik berselerak, buku-buku bertaburan dilantai, bantal dan tilam tonggang terbalik. Bilik pink itu kelihatan seperti baru diserang geruda. Zul menghampiri Syasya, tiba tiba seekor beruang melayang ke muka Zul. Tersentak, terhenti langkahnya, Astaghfirullahalazim... ditatapnya wajah Syasya dalam-dalam lalu berpaling keluar. Biarkan dia sejuk dulu.
Syasya tak tau macam mana beruang teddynya itu boleh terbang ke muka papa. Teddy bear kesayangannya itupun papa yg hadiahkan. Rasa bersalah menyelinap di hatinya. Papa tak pernah berkasar, papa sentiasa ada bila dia sakit, di dada papalah tempat dia menangis bila sedih, Tangan kasar papalah yang mengusap rambutnya dan papa tak pernah lupa mengucup dahinya, juga mengucap salam setiap malam sebelum tidur. Syasya tak mahu ada orang lain hadir di tengah kebahagiannya dan adik beradik lain bersama papa. Syasya tak kisah walau hidup tanpa mama, selama ini pun mama tak pernah ambil peduli tentang Syasya. Mama sibuk dengan kerja sampai malam. Jarang sangat mama peluk Syasya adik beradik. Ada atau tidaknya mama tak pernah meninggalkan kesan pada Syasya tp bila mama baru hadir dia sangat terancam. "Papa...Syasya sayang papa" sendu Syasya.
Adli dengar kak ngah menangis, Adli nampak wajah papa sugul sewaktu lalu di ruang tamu tadi. Adli tinggalkan rancangan "Spongebob Squarepants" kegemarannya dan bangun menuju ke bilik Kak Ngah. Adli kutip Teddy Bear berwarna pink kesayangan kak ngah. Kak Ngah sayangkan teddy bear tu sebab Adli tahu Kak Ngah sangat suka warna pink dan teddy bear ini salah satu barang yang kak ngah sayang. Diletaknya beruang pink itu di tepi katil kak Ngah. Biar Kak Ngah kembali tenang. Adli tak mahu ganggu kak ngah. Kakaknya itu masih tertiarap dan badannya bergoyang goyang menangis. Perlahan dihampirinya Kak Ngah, sayu hatinya tiba-tiba. Dipeluknya Syasya dari belakang. "Kak Ngah jangan nangis, adik sayang kak ngah" bisiknya ditelinga Syasya.
No comments:
Post a Comment