Monday, June 18, 2012

Ceritera : Kasih yg tertumpah (Part 1)

  Dikuis-kuisnya pasir halus yg menenggelami kaki, sesekali anak ketam yang mengintai dari lubang-lubang kecil itu mencuit hati.  Anak kecil berlari bermain ombak.  Indahnya dunia anak kecil, gelak ketawa bagai tiada akhirnya.  Alangkah baiknya kalau dunianya juga begitu, tak perlu fikir tentang hati dan perasaan orang lain, tak perlu risau apa orang lain kata, tak perlu runsing tak perlu sakit hati, tak perlu serba serbi.  Tapi kata mak " kita hidup dalam masyarakat, ndak tak ndak kena dengar apa orang lain kata, kalau tak ndak bermasyarakat duduk dalam hutan"
        Sebab dengar kata oranglah, Misya tersadai di Pantai Golden Sands ini.  Misya dah tak mampu nak mendengar kata orang lagi,  Dah pekak telinga dengar umpat keji orang keliling.  Misya nak lari jauh-jauh tapi tak mampu.  Sebab Misya tahu, sejauh mana pun dia lari masalah tetap ada, kerana manusia tetap manusia.  Masakan mulut manusia boleh dicontrol macam radio, boleh di kuat dan diperlahankan atau off kan terus bila bila masa kita suka.
         Keypad handphonenya ditekan perlahan, satu satu nombor muncul di skrin.  Butang hijau disentuh lembut.  "Assalamualaikum, Misya sihat ke nak?" suara mak lembut menyapanya dihujung talian.  Terasa ada air panas mengalir dipipinya, tiba-tiba dadanya sebak, jenuh rasanya nk mengeluarkan suara.  " Waalaikumsalam mak, Misya sihat, Misya dah buat keputusan,  esok Misya balik.
       "Betul ke ni Misya? anda pasti?" mimik muka Dilla menggelikan hatinya.  " Ya, aku akan tetap kawin dengan Zul, biar apa pun orang nak kata. aku dah sedia nak jadi isteri dan ibu pada anak-anaknya.  Mak aku pun setuju ngan keputusan aku ni"  Misya tahu bukan mudah untuk mengahwini duda beranak tiga.  Untuk menjadi ibu segera kepada anak-anak yang sedang meningkat dewasa.  Besar sungguh cabarannya.  InsyaAllah, aku akan jalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu dengan sebaik mungkin.  Zul adalah teman sekolahnya dulu, mereka pernah bercinta dan putus ditengah jalan.  Misya terus ke Universiti Teknoloji Mara manakala Zul ke United Kingdom.  17 tahun disana Zul pulang bersama 3 orang anak comel. Zul berkahwin di sana dan pulang setelah rumahtangganya musnah.  Bekas isteri tidak mahu pulang ke Malaysia, itu puncanya.  Sedangkan Zul mahu anak anaknya membesar sebagai Melayu  & Muslim sejati.  Anak sulung Iskandar 15 tahun, Natasya atau Syasya 14 tahun yg kedua dan sibongsu Adli 5 tahun.
    

No comments:

Post a Comment